//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

11 Tips Tingkatkan Metabolisme Dan Bakar Lemak Dengan Cepat

wellness_fitness1

Topik kali ini kita akan membincangkan mengenai metabolisme atau dalam bahasa Yunani ia membawa maksud sesuatu perubahan atau transformasi. Jika seseorang merancang untuk meningkatkan metabolisme tubuhnya, maka itu bererti pembakaran kalori dalam tubuhnya turut meningkat. Jika metabolisme tubuh baik, maka anda akan lebih bertenaga, kualiti kesihatan yang baik, cergas serta mendapat berat badan yang ideal.

Metabolisme membantu pencernaan dalam menyerap nutrisi yang diambil, hidrasi dan aktiviti fizikal yang dilakukan. Sekiranya salah satu tidak mencukupi bagi keperluan tubuh badan, maka ia akan menurunkan kadar metabolisme anda.

Berikut ialah 11 tips atau cara untuk meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan supaya lebih sihat, cergas, hidup  yang lebih berkualiti serta bebas dari penyakit kronik.

1 . Kalori yang sesuai

Anda juga perlu menghadkan kalori untuk menurunkan berat badan, akan tetapi terlalu rendah kalori juga boleh memudaratkan kadar metabolisme. Sekiranya tubuh kekurangan kalori, maka tubuh terpaksa membakar jaringan otot untuk dijadikan tenaga. Oleh kerana itu, sebaiknya-baiknya makanlah sekadar mencukupi dan jangan melakukan diet yang terlalu ketat sehingga mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

2 . Ambil sarapan

Sarapan akan meningkatkan metabolisme tubuh agar tetap cergas sepanjang hari. Tidak hairanlah jika kita perhatikan orang yang tidak sarapan akan berhadapan dengan risiko 4 hingga 5 kali mengalami berat badan berlebihan. Ambillah sarapan yang yang sihat, rendah lemak dan tinggi serat. Jika tidak bersarapan. anda masih berpeluang untuk mengambil oatmeal, sebiji buah, yogurt  atau susu rendah lemak.

87173907_XS

3 . Kafein baik untuk tubuh

Selain kopi, teh dan minuman malt coklat juga mengandungi kafein. Kafein dapat meningkatkan metabolisme sehingga 8 peratus. Para penyelidik di Jepun berpendapat bahawa kandungan kafein dalam secawan teh hijau mampu meningkatkan kadar metabolisme seseorang sehingga 12 peratus.

4 .Pengambilan makanan berserat

Penelitian menunjukkan bahawa serat (fiber) dalam makanan mampu membantu tubuh membakar lemak hingga 30 peratus. Orang yang makan banyak serat lebih biasanya kurang mengalami masalah kegemukan. Oleh itu, perbanyakkanlah pengambilan serat dalam diet pemakanan anda seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian sekurang-kurangnya 25 gram sehari.

speed-up-your-metabolism-drink-more-water

5 . Minum air yang mencukupi

Para peneliti di Jerman menemukan bahawa minum antara 8 hingga 10 gelas air kosong dapat meningkatkan metabolisme tubuh hingga sekitar 50 kalori sehari. Mengapa hal itu boleh terjadi? Ini kerana tubuh kita sangat memerlukan tenaga dan menstabilkan kembali suhu badan setelah kehilangan cecair melalui proses pembuangan dan berpeluh.

6 . Makanan organik

Setiap hari bermacam-macam jenis makanan yang kita ambil apatah lagi keadaan udara sekeliling yang kian tercemar dengan asap, bahan kimia dan sebagainya. Tubuh yang menyimpan terlalu banyak racun atau bahan kimia akan menyulitkan proses menurunkan berat badan. Hal ini mungkin kerana racun akan memperlambat proses pembakaran tenaga dalam tubuh. Racun pestisida yang terdapat pada tanaman seperti buah-buahan dan sayuran boleh meningkatkan tubuh badan anda jika tidak dikawal.  Oleh itu, jauhi sumber makanan yang mengandungi banyak menggunakan racun atau bahan-bahan kimia serangga yang lain. Jika boleh, pilihlah buah-buahan dan sayuran yang ditanam secara semulajadi atau organik kerana ia lebih bebas dari penggunaan bahan kimia.

7 . Pentingnya protein

Protein berupaya dalam menjaga serta mengekalkan kesihatan sel dan otot dalam tubuh seseorang. Ambil sepotong daging atau ikan sebagai pilihan menu tengah hari anda setiap hari. Jangan abaikan pengambilan protein kerana manfaatnya membantu membakar kalori sehingga 35 peratus.

8 . Makanan kaya dengan zat besi

Zat besi sangat diperlukan oleh tubuh untuk membentuk sel darah merah yang berfungsi dalam membawa oksigen ke seluruh sistem tubuh. Antara jenis makanan yang mengandungi zat besi ialah daging (bebas lemak), kekacang dan sayur bayam.

putih-telor

9 . Manfaat Vitamin D

Vitamin D juga diperlukan untuk menjaga kestabilan metabolisme tubuh. Untuk mendapatkan vitamin D anda tidak perlu bersusah payah berjemur di bawah cahaya matahari ketika naik, tetapi anda boleh perolehinya melalui tuna, udang, tauhu dan juga telur.

10 . Pengambilan produk tenusu

Kekurangan zat kalsium  dan magnesium akan melambatkan kadar metabolisme anda untuk bertindak dengan baik. Oleh itu, ambillah sumber ini melalui susu rendah lemak, yogurt, keju dan beberapa produk tenusu lainnya agar kadar penyerapan lemak dari sumber makanan lain lebih cepat berlaku.

11.Senaman atau olahraga

Melakukan senaman atau olahraga adalah cara yang sangat baik untuk membakar kelebihan kalori sehingga berat badan terkawal. Bukan itu sahaja, malahan baiknya bersenam akan membuatkan kesihatan jantung dan fizikal anda terpelihara. Selain itu, ia akan menggalakkan peredaran darah yang lebih baik dan lancar.

Makanan Yang Membantu Meningkatkan Metabolisme Tubuh Dan Bakar Lemak Dengan Cepat

Untuk membantu mempercepatkan kadar metabolisme tubuh anda serta membakar lemak dengan cepat, cuba ambil beberapa jenis makanan berikut. Antaranya ialah:

1. Epal

Terdapat beberapa penelitian yang mengungkapkan bahawa epal itu mengandungi kalori yang rendah. Namun kadar serat yang ada di dalam epal mampu menurunkan berat badan. Buah lain yang sama manfaatnya  adalah buah pir. Makan epal dan pir bersama dengan kulitnya, kerana bahagian kulitnya juga mengandungi banyak serat. Agak rugi jika ia dibuang begitu sahaja. Namun perlu diingatkan, pastikan buah-buahan tersebut direndam dan cuci dengan bersih untuk menghindari racun pestisida yang tertinggal.

2. Sayuran hijau

Sayuran berdaun hijau seperti bayam dll tidak hanya tinggi serat, mereka juga kaya kalsium. Ada penelitian yang menemukan hubungan antara kalsium dalam penurunan berat badan.

3. Makanan berasaskan protein

Antara makanan yang berasaskan protein ialah seperti tauhu, tempe dan ayam (tanpa kulit atau lemak).  Kandungan protein dari jenis makanan ini cukup membantu anda membina dan memperbaiki jaringan tisu, sel dan otot tubuh.

4. Beras perang

Pilihlah makanan yang tinggi serat, seperti beras perang, oatmeal, dan roti gandum. Makanan ini akan membuatkan anda lebih berasa cepat kenyang. Dengan itu anda juga mampu mengurangkan jumlah makanan yang masuk ke dalam tubuh.

5. Air kosong

Sebelum makan, minumlah segelas air. Selain membuatkan anda bebas dehidrasi dan kekal terhidrat, ia juga membantu anda mengawal nafsu makan dari mengambil makanan tinggi kalori  dalam kuantiti yang banyak.

6. Teh hijau

Penelitian menunjukkan bahawa teh hijau juga bertindak dalam meningkatkan metabolisme serta memberikan zat antioksidan dalam melambatkan proses penuaan.

15-chili-peppers

7. Makanan berempah

Makanan yang berempah dan pedas seperti kari, cili atau lada juga bermanfaat dalam meningkatkan kadar metabolisme seseorang. Hal ini kerana cili dan lada mengandungi sejenis bahan kimia (capsaicin) yang bertindak sebagai penggalak yang memperceptkan proses pembakaran lemak dan kalori berlebihan.

• Meet the Author ➞ diarikurus1



2 comments… add one
  • I have checked your page and i’ve found some duplicate content, that’s why you don’t rank
    high in google, but there is a tool that can help you to create 100% unique articles, search for:
    Boorfe’s tips unlimited content

    Reply

Leave a Comment

Cancel reply

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x