//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

5 Cara Makan Yang Sihat Ketika Sarapan

Sarapan merupakan sajian terpenting dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja menjadi hidangan pertama pada setiap hari pada waktu pagi, malahan terdapat kajian mendapati bahawa apa yang anda makan  untuk sarapan akan turut mempengaruhi apa yang anda makan pada keseluruhan hari.

Sarapan yang berkhasiat dapat mengurangkan anda daripada mengambil makanan berkalori tinggi pada waktu mak yang lain, sekaligus dapat membantu mengawal berat badan anda.

Tip yang paling penting adalah ambil sarapan setiap hari tanpa skip. Namun begitu, pengambilan roti canai atau nasi lemak pada setiap hari tidak dapat membantu dalam penjagaan kesihatan anda. Apa yang penting adalah dengan cara memilih menu sarapan pagi yang sihat, berkhasiat dan seimbang.

Jom ikuti tip yang akan kami kongsikan kepada anda mengenai 5 cara makan yang sihat ketika sarapan untuk memulakan pagi anda dengan lebih sempurna dan bermakna.

Berikut merupakan 5 cara makan yang sihat ketika bersarapan sebelum memulakan hari baru anda adalah antaranya dengan;

1. Waktu makan yang tetap

Cuba amalkan waktu sarapan yang tetap pada setiap hari dan ini akan membuatkan sistem tubuh anda akan berfungsi dengan lebih cekap jika anda makan mengikut waktu.

2. Sediakan sarapan anda sendiri

Siapa kata sarapan itu tidak penting dan membosankan? Jadikan sarapan sesuatu yang menyeronokkan dengan menyediakan sendiri sarapan yang mudah dan ringkas seperti sandwich yang penuh dengan salad atau semangkuk bijirin sama ada oat atau muesli yang ditambah dengan buah-buahan, susu atau yogurt.

3. Pilih makanan yang rendah lemak

Kurangkan kekerapan pengambilan nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, lontong, roti canai atau kuih-muih yang bergoreng kerana makanan-makanan sebegini menggunakan minyak dan santan yang banyak dalam masakan.

4. Pilih makanan yang tinggi serat

Diet yang tinggi kandengan seratnya dapat membuatkan anda cepat kenyang dan bertahan lebih lama. Ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak pada waktu tengah hari. Kebiasaannya, diet tinggi serat mempunyai kalori yang lebih rendah. Anda mungkin boleh mencuba makanan-makanan ini dari sumber seperti roti mil penuh, oat, jagung, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Konsisten saiz hidangan anda

Sarapan yang sempurna mempunyai 3 komponen; satu hidangan karbohidrat, satu hidangan protein, tenusu dan makanan tinggi kalsium, manakala satu lagi hidangan untuk buah-buahan.

Tidak sempat ambil sarapan pagi?

Jika anda bangun lewat dan sudah terlewat untuk ke kuliah atau ke tempat kerja, beberapa contoh sajian yang mudah dan berkhasiat ini mungkin dapat membantu mengalas perut anda;

  • Semangkuk bijirin (oat/muesli) dan susu; atau
  • Segelas susu atau minuman malt coklat, 2 keping roti mil penuh disapu mentega; atau
  • Sebiji epal/ pisang untuk dimakan dalam perjalanan; atau
  • Sandwich; atau
  • Biskut oat/ biskut keju

 

Resepi Smoothie Pisang & Oat
¼ cawan oat
½ cawan yogurt asli rendah lemak
1 biji pisang, dipotong tiga
½ cawan susu rendah lemak
2 sudu besar madu
¼ sudu kecil serbuk kayu manis

Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Hidangkan serta merta. Jika ingin tambah kan keceriaan, hiaskan dengan potongan strawberi.

Khasiat Oat
Ia adalah salah satu bijirin yang mengandungi nutrisi semulajadi dan kaya dengan fiber serta rendah kalori. Oat lambat dihadam dan menyebabkan anda kenyang dalam jangka masa yang panjang. Penyediaannya juga mudah dan ringkas serta mampu mengawal paras gula dalam darah.

• Meet the Author ➞ diarikurus1



1 comment… add one

Leave a Comment

Cancel reply

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x