//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

6 Perubahan Kecil Yang Dapat Membantu Anda Turunkan Berat Badan

Woman showing how much weight she lost

Bagi anda yang inginkan mengurangkan berat badan amatlah disarankan anda lakukannya dalam tempoh jangka masa panjang kerana dalam kajian yang dijalankan mendapati bahawa seseorang yang membuat perubahan kecil dalam aktiviti harian berpontensi untuk hilang 2.5 inci ukur lilit pinggang dan turun 4 kali lebih berat badan berbanding mereka yang mengamalkan sekatan kalori dan aktiviti fizikal. Berikut adalah kaedah yang dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan sebanyak 5kg dan mengurangkan saiz pinggang sebanyak 3 inci dalam tempoh beberapa minggu hanya dengan mengubah rutin anda seharian.

1. Bawa Pedometer

Medicalexpo

Pedometer boleh menjadi peralatan yang menarik untuk seseorang menjadi lebih bermotivasi untuk bersenam. Kajian menunjukkan, pengguna pedometer yang mengambil langkah sebanyak 2,500 (2 km) dalam sehari akan membakar lebih 100 kalori berbanding mereka yang tidak menggunakan pedometer. Untuk menurunkan berat badan, amatlah digalakkan untuk anda mensasarkan 10,000 langkah iaitu lebih kurang 8 km langkah dalam sehari. Mungkin angka 10,000 langkah amat besar dimata anda, tetapi anda boleh selitkan rutin-rutin kecil untuk capai matlamat anda seperti menggunakan tangga untuk ke tingkat atas atau meletakkan kenderaan anda jauh daripada pejabat anda.

2. Buah Untuk Dimakan Bukan Untuk Diminum

tipskurus2

Dengan memakan buah-buahan sahaja anda akan peroleh banyak kebaikan antaranya megurangkan risiko dan menstabilkan tekanan darah. Zaman sekarang ramai yang memilih untuk meminum jus buah-buahan berbanding memakan buah secara segar kerana mereka rasa ianya lebih mudah dan bergaya. Apabila buah-buahan segar bertukar menjadi jus, ia akan membuat gula semulajadi daripada buah-buahan tersebut lebih mudah untuk diperoleh dan akan memberi kesan kepada kandungan gula darah anda. Bukan sahaja proses membuat jus akan merosakkan nutrisi-nutrisi yang terkandung didalam buah-buahan, dalam proses tersebut juga akan membuang hampir semua serat semulajadi. Keguanaan serat yang ada terkandung didalam buah-buahan akan membantu sistem penghadaman anda dan juga dapat membantu anda untuk berasa kenyang dalam jangka masa panjang.

3. Kurangkan Sos

tipskurus5

Sudah menjadi kebiasaan oleh masyarakat Malaysia apabila hendak memakan makanan bergoreng seperti bihun goreng, nasi goreng atau kentang goreng, pasti akan ada sos seperti sos cili atau mayonis untuk dihidang bersama hidangan tersebut. Apa kata, anda cuba tinggalkan tabiat anda tersebut. Dengan kaedah ini anda dapat menjimatkan pengambilan kalori sebanyak 100 kalori sehari. Dengan perubahan kecil ini mungin pada mulanya tidak menampakkan apa-apa perubahan kepada anda tetapi didalam tempoh setahun anda akan turun lebih 10 kg tanpa anda sedari!

4. Pilih Kopi Yang Betul

tipskurus4

Dipasaran Malaysia sekarang terdapat banyak kafe dan syarikat yang menjual minuman berasaskan kopi. Malah ia menjadi sebuah trend dikalangan anak remaja untuk bersantai bersama rakan-rakan sambil meminum kopi. Di kafe terdapat pelbagai jenis minuman berasakan kopi yang disediakan antaranya adalah espresso dan mocha. Secawan kopi biasa dengan sedikit gula dan susu hanya mempunyai 63 kalori berbanding minuman berasaskan kopi yang lain seperti kapucino mempunyai lebih 200 kalori secawan. Dengan pemilihan kopi yang betul, ia dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan tanpa perlu bersusah payah.

5. Kurangkan Gula

tipskurus3

Dengan mengurangkan 2 sudu teh gula dalam minuman atau makanan anda dalam seharian mungkin tidak menampakkan kesan yang besar kepada tubuh badan anda tetapi dengan melakukan kaedah ini, ia dapat menjimatkan anda 32 kalori dalam sehari dan dalam setahun anda boleh mengurangkan berat badan sehingga 2kg tanpa anda sedari.

6. Makan Perlahan

woman with big clock

Kajian menunjukkan, orang yang makan secara perlahan kebiasaannya akan mengambil jumlah kalori yang sedikit dan kenyang dalam tempoh jangka masa lebih panjang berbanding mereka yang makan dengan cepat. Otak anda mengambil masa 20 minit untuk ketahui yang anda telah kenyang. Ambil masa untuk menikmati hidangan anda, jangan terburu-buru

• Meet the Author ➞ diarikurus



0 comments… add one

Leave a Comment

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x