//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

Tips Kurus Selepas Bersalin.

Ramai di kalangan ibu-ibu yang lepas bersalin, sering mengeluh kerana sukar untuk mendapatkan berat badan seperti sebelum mengandung serta tercari-cari tips kurus selepas bersalin yang paling mudah untuk diamalkan. Dan keluhan ini berlarutan bukan sahaja hanya dalam tiga hingga empat bulan pertama, malah berpanjangan dan ada kalanya sampai mengandung anak seterusnya pun berat badan masih tak turun-turun lagi dan yang lebih menyedihkan bersambung pula sehingga anak seterusnya dilahirkan.

iiiiii

 

Akibat daripada berat badan yang sukar nak turun dan tak dapat kembalikan bentuk badan kepada bentuk yang asal, ramai ibu-ibu yang tertekan dan stress dengan perkara ni. Lebih-lebih lagi bila mereka lihat kawan baik, orang sekeliling seperti ipar duai yang lain senang sangat kembali kurus dengan cepat selepas bersalin. Mahu tak stress tahap dewa? Betul tak? Dan kadang-kadang sampai terbawa-bawa tekanan itu sehingga ke tempat kerja dan mengganggu prestasi cemerlang anda di pejabat.

Selain tertekan dengan masalah berat badan yang susah nak turun, perasaan malu nak bercampur gaul dengan orang lain juga menjadi masalah besar. Rasa tidak yakin pada diri mula menular dan sering merasakan diri sendiri dah tak cantik seperti dulu. Lebih-lebih lagi bila baju-baju yang cantik sebelum mengandung dah tak muat nak pakai, hanya tersadai dalam almari.

Akibatnya, kita lebih gemar bersendirian daripada bergaul dengan rakan-rakan sekeliling. Kita mula menjauhkan diri daripada kawan-kawan HANYA kerana kita gemuk dan kita tak yakin dengan diri sendiri.

Bila pulang ke rumah, perasaan tertekan tadi semakin bertambah bila si suami yang dicintai bergurau senda dengan menjadikan isu badan gemuk sebagi bahan gurauan. Walaupun kita tahu, suami tidak berniat nak kecilkan hati kita dan hanya sekadar bergurau, namun jauh di sudut hati, perasaan tertekan semakin menebal dalam diri. Kadang-kadang sehingga boleh mencetuskan pergaduhan dengan suami akibat perasaan tertekan yang dah tak terbendung lagi.

Jadi bagaimana caranya untu kita selesaikan masalah ni? Macam mana caranya untuk kita kurus selepas bersalin dengan cepat?

Hari ni saya dengan rasa gembira, nak berkongsi dengan anda semua, tips mudah untuk kurus selepas bersalin dengan cepat. Ada 5 tips mudah yang kita boleh buat secara konsisten supaya suami kita tak lari dan cari perempuan lain. Jom kita semak sama-sama dan get ready untuk buat dengan konsisten ye ibu-ibu semua :-

Tips Kurus #1 Menyusukan Anak Secara Ekslusif

  • Ibu-ibu yang lepas pantang sangat beruntung sebenarnya, kerana anda masih dalam fasa menyusukan anak dengan susu badan. Saya galakkan untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Menyusukan anak sangat-sangat membantu badan kita untuk membakar kalori dengan lebih cepat. Sebanyak 500 kalori terbakar sehari hanya dengan anda menyusukan si comel anda. Sangat mudah kan?

Tips Kurus #2 Minum Air Masak yang Mencukupi

  • Pastikan anda konsisten dengan pengambilan air masak yang mencukupi setiap hari. Biasakan diri dengan menyukat jumlah air masak yang diambil. Paling mudah, sediakan air masak dalam botol 1 liter tu, senang nak kira kan berapa banyak dah minum air masak? Setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air masak setiap hari. Jadi  kalau berat dah capai 60kg, tak ke dah 2.4 liter air masak kita kena minum?

Tips Kurus #3 Jangan Tinggal Sarapan

  • Bagi anda yang masih belum tahu, pengambilan sarapan setiap pagi akan membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Apabila kadar metabolisme meningkat, pembakaran tenaga akan berlaku lebih cepat dan lebih banyak kalori akan dibakar. Ramai yang miss perkarang penting ni. Skip breakfast tapi lepas tu masa lunch, makan sampai tak perasan orang kat sebelah.

Tips Kurus #4 Lebihkan Pengambilan Serat seperti Sayur-sayuran dan Buah-buahan

  • Tips yang sangat selalu kita dengar kan? Memang tips yang sangat mudah sebenarnya. Setiap hari, pastikan pengambilan serat kita mencukupi dan kalau lebih lagi bagus. Senang nak membuang nanti.

Tips kurus #5 kawal kuantiti makanan

  • kurangkan makan makanan bergoreng, makanan segera, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi, kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.

Semoga dengan tips mudah yang saya kongsikan hari ni, dapat memberi manfaat dan membantu anda semua ibu-ibu lepas bersalin yang ingin kembali kelihatan lebih cantik dan lebih yakin terutamanya untuk tatapan suami sendiri. Dah dapat tips mudah ni, jangan lupa untuk amalkan ye. Semoga rumah tangga kalian bertambah bahagia selepas ini.

 

• Meet the Author ➞ aziemah



1 comment… add one

Leave a Comment

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x