//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

5 Manfaat Air Putih Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

tips kurus

Air merupakan salah satu sumber semulajadi yang paling kaya dan mudah didapati. Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Banyak meminum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, sirap bandung atau segala jenis minuman yang manis-manis.

Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, yang mana rupa fizikalnya dan rasanya adalah seperti air. Air apakah itu? Tentulah “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong” atau “Air Putih”. Bukan air manis ya.

air manis

Tetapi adakah anda tahu bahawa dengan hanya minum air mengikut pelan air yang betul boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan?

Kenapa dan Bagaimana?

Pada kebanyakan masa, anda fikir yang anda rasa lapar, tetapi fakta sebenarnya adalah anda craving atau dahagakan air. Apabila anda mengambil satu hidangan dan menggantikan minum lebih air berbanding makanan, secara automatiknya anda akan kurang makan.

Detox Water

Dan juga, apabila anda tidak minum air yang cukup sewaktu makan, badan anda menyimpan makanan tersebut dan membuat badan anda merasa lebih berat dan kembung perut. Tetapi satu fakta yang pelik adalah apabila kita minum banyak air, badan kita tidak lagi perlu menyimpan makanan tersebut.

Dan meminum air yang banyak sebenarnya membantu anda untuk membakar kalori dalam badan bila mana anda dalam mood ‘berehat’ dan makanan tidak di proses untuk ditukar menjadi tenaga.

Beberapa kajian dijalankan dengan memantau orang-orang yang mengalami masalah lebihan berat badan yang minum 1 liter – 1.5 liter air setiap hari untuk beberapa minggu. Mereka mendapati pengurangan yang ketara dalam berat badan mereka, indeks jisim badan (BMI), ukur lilit pinggang dan lemak badan.

Mengapa Perlu Minum Air Putih Secukupnya?

Air berguna untuk menurunkan berat badan, kenapa kami katakan begitu? Kerana air tidak memiliki kalori, karbohidrat atau protein. Jadi bagi anda yang suka mengambil minuman yang berkalori tinggi seperti minuman bersoda, mocha, kopi atau teh dan air berkalori lainnya, kami mencadangkan agar anda menggantikan air berkalori kegemaran anda tersebut dengan air putih.

sakit jantung

Air putih dapat juga menjaga JANTUNG agar lebih sihat. Seperti yang di kemukakan oleh American Journak of Epidemiology, meminum air putih lebih dari 8 gelas dalam sehari dapat mengurangkan 45% risiko terkena serangan jantung, ajaib bukan?

Air putih sangat membantu sistem pencernaan dalam tubuh dan sangat sesuai bagi anda yang selalu mengalami masalah sembelit.

Berikut adalah 5 langkah pengambilan air putih untuk membantu anda mengurangkan berat badan:

take time

  1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi, minum 250ml air putih
  2. Satu jam kemudian, sebelum sarapan pagi, minum 250-500ml air
  3. Selepas setiap cawan kopi atau minuman teh, minum 100-200ml air
  4. 20 minit sebelum makan hidangan, minum 250-500ml air
  5. Dua jam sebelum masuk tidur, minum 300-600ml air

Jumlah kuantiti air diminum setiap hari adalah dalam kadar 1.2 liter – 2.4 liter

air putih

Kajian sains mendapati bahawa:

  • 1 gelas air diminum sebaik bangun dari tidur – membantu pengaktifan organ dalaman
  • 1 gelas air diminum selepas mandi – membantu mengurangkan tekanan darah rendah
  • 1 gelas air diminum sebelum makan – membantu sistem penghadaman
  • 1 gelas air di ambil sebelum tidur – mampu mengelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam

Untuk beberapa hari pertama, anda akan ke tandas dengan kerap, tetapi lama kelamaan badan anda akan menyesuaikan diri.

Tak percaya ia betul-betul menjadi?

Cuba lah terlebih dahulu, baru tahu kan.

• Meet the Author ➞ diarikurus



5 comments… add one
  • I don’t even know what to say, this made things so much eaeris!

    Reply
  • Satu tips tambahan adalah dengan memperbanyakkan minum air masak sekurangnya 8 gelas sehari. Nampak simple kan, tapi ramai orang yang nak kempiskan perut buncit tertinggal tips ini. 🙂 Jom amalkan.

    Reply
  • With havin so much written content do you ever run into any issues of plagorism or copyright infringement? My site has a lot of exclusive content I’ve either authored myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the internet without my permission. Do you know any methods to help stop content from being ripped off? I’d genuinely appreciate it.

    Reply
  • Mmg betul minum air masak dpt kurgkn berat badan.saya sendiri dah kurg 7kg dlm xsmpai sebulan.sy minum air masak lebih 3liter shr.xminum manis

    Reply
  • Bestnye seluar jeans yg lame sya muat semula.saiz 32.kihkihkih.sebelum ni saiz pinggang sy dlm 36.baju pun dah muat.dah lebih 6tahun seluar dan baju tu sy xpkai.nanti lepas ry aidilfitri ni sy nak amalkan lg minum air masak.kurgkan minuman manis.berat badan ideal sy sptutnye 75kg.sy tinggi 179cm.skg ni sy 87kg.hrp2 dpt kurangkan 10kg lg.aamiiinn

    Reply

Leave a Comment

Cancel reply

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x