May 1, 2015
Ramai orang berimpian untuk turunkan berat badan, berimpian nak kelihatan cantik bila kurus, tapi tak tahu mana nak mulakan.
Betul! kita kena mulakan dengan diri sendiri. tapi dari aspek apa?
Perkara paling penting untuk kita turun berat adalah kenapa kita hendak turun berat atau “WHY” yang kuat?
Saya bersyukur 3 tahun lepas saya membuat keputusan untuk turun berat. Saya ambil keputusan dan sebab utama saya turun berat adalah sebab anak saya. Semasa awal perkahwinan berat badan saya sudah mencecah 78 kg.
Lepas beberapa bulan berumah tangga berat saya naik mendadak ke hampir 90 kg. Saya mula sedar saya perlu turunkan berat badan dan amalkan cara hidup yang sihat sejak kelahiran anak pertama saya.

Gambar sebelum
Niat utama hanya untuk kekal sihat dan nak tengok anak membesar. Saya pasti kalau badan kita besar banyak sangat perkara yang kita takkan boleh buat berbanding orang berbadan kurus . Sebagai contoh berbeza atau tidak cara solat orang berbadan besar dengan orang kurus. Berbeza bukan? Paling mudah berbeza atau tidak cara mereka yang berbadan besar bangun dari duduk bersila berbanding dengan orang kurus? Sangat berbeza.
Ketika saya berbadan besar, saya mula sedar saya dah susah nak bangun, selalu mengalami sakit lutut, badan cepat rasa letih, tidur mula berdengkur dan cepat mengah. Tambahan pula saya tinggal dirumah tingkat tiga. Sampai tingkat dua pun dah mengah. Pernah terdetik dalam fikiran saya, sampai bila saya akan terus macam ini dan macam mana saya nak tengok anak membesar kalau saya teruskan cara hidup sebegini. [continue reading…]
April 28, 2015
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!