bahaya lemak dalam badan

Awas Si Kurus !!! Risiko Kurus Di Luar Gemuk Di Dalam

Pernah dengar kes seseorang yang kurus pada fizikalnya sebenarnya gemuk pada dalamannya? Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apa punca terjadinya perkara sedemikian? Bagi yang berbadan kurus, tidak semestinya anda benar-benar kurus dan sihat tanpa sebarang penyakit. Malahan, apa yang ditakuti, kemungkinan besar orang yang berbadan kurus ini mempunyai tahap kesihatan yang lebih buruk daripada orang yang berbadan besar.

Seseorang yang mengalami obesiti atau kegemukan mudah dikenal pasti saiz, bentuk badan dan melalui ukuran BMI (Body Mass Index). Nilai BMI juga digunakan dalam perubatan dalam mengukur risiko terhadap sakit jantung dan penyakit kronik yang lain. Semakin tinggi nilai BMI anda, semakin tinggi risiko anda. Anda dikira berat berlebihan jika BMI 25-29 dan dikira gemuk atau obes jika BMI lebih dari 30. Walaupun BMI dikira berdasarkan berat dan tinggi, pengiraan BMI sebenarnya tidak dikira secara tepat kerana tidak membezakan antara otot dan lemak dalam badan.

[continue reading…]

1