cerita motivasi kurus

Lelaki Ini Berjaya Hilangkan 40Kg Dalam Masa 3 Bulan Dengan Cara Sihat Tanpa Pil Kurus

kurus-tanpa-pil-1Cerita motivasi kurus kali ini telah dikongsikan oleh Arif Afifi Mohamad Sukri dengan lebih terperinci bagaimana beliau berjaya turunkan berat badan sebanyak 40 kg dalam masa 3 bulan dengan cara yang murah dan tanpa pil kurus.

Tujuan utama perkongsian ini ditulis adalah saya sangat berharap dapat membantu rakan-rakan yang ingin mengurangkan berat badan tanpa supplement, ubat-ubat kurus yang mahal atau cara-cara lain yang menelan kos belanja yang tinggi.

Kaedah yang saya cuba kongsikan antara TERMURAH tanpa perlu bergantung kepada mana-mana ubat dan modal yang perlu anda ada hanyalah TEKAD, AZAM dan KESUNGGUHAN. Jika anda di antara mereka yang mempunyai tekad, azam dan kesungguhan yang tinggi, saya berharap anda membaca penulisan ini sehingga habis dan kongsikan juga kepada rakan-rakan yang lain!

Sudah bersedia untuk berubah? Baik.
[continue reading…]

Wanita Ini Berkongsi Kisah Dukanya Dari Anorexia (25 Kg) Kepada Obesiti (100 Kg)

pg-happiness-hangovers-11-fullAdakah anda sedang mengalami masalah berat badan? Sama ada bermasalah kerana berat badan yang berlebihan yang mungkin disebabkan pengambilan makan yang berlebihan dan tidak sihat atau jika anda mengalami masalah kurang berat badan, kemungkinan disebabkan anda kurang makan. Kedua-dua keadaan ini nampak berbeza dari segi saiz dan berat seseorang, namun faktornya adalah sama iaitu mengalami masalah dalam pengambilan diet makanan yang sihat dan seimbang.

Topik cerita motivasi kurus kali ini kami ingin kongsikan bagaimana seorang wanita bernama Britanny Brugunder mengalami masalah turun naik berat badan yang drastik, iaitu dari beratnya 25 kg kepada 100 kg. Kisah wanita ini telah dipetik dari website vemale.com dan telah diubah suai gaya bahasanya untuk memudahkan pemahaman. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

[continue reading…]

9 Tips Hebat Gadis Ini Berjaya Kuruskan Badan 42Kg Dalam Masa Setahun

Nur Farihan sebelum (kiri) dan selepas (kanan) berjaya menurunkan berat badan sebanyak 42kg

Nur Farihan sebelum (kiri) dan selepas (kanan) berjaya menurunkan berat badan sebanyak 42kg

Untuk ruangan Cerita Motivasi Kurus kali ini kami kongsikan kepada anda bagaimana seorang pelajar berjaya menurunkan berat badannya dari 100 kg kepada 58 kg, iaitu pengurangan sebanyak 42 kg (kilogram) dalam masa setahun. Jom sama-sama kita ikuti kisah transformasi ini dengan izin Nur Farihan Idris sebagai panduan dan pembakar semangat untuk anda kembali langsing dan sihat.

[continue reading…]

1