jom kurus

20 Tips Diet Sihat Yang Berkesan Sepantas 7 Hari

nutrition-chartTiada seorang pun di kalangan kita yang mahu kelihatan gemuk apatah lagi sakit. Tambahan, dapat menikmati segala jenis makanan tanpa perlu catu atau menahan-nahan nafsu makan. Namun, agak mustahil dapat menikmati semua itu tanpa pertambahan berat badan kerana setiap makanan berbeza-beza jumlah kalorinya.

Seperti yang pernah ditekankan sebelum ini, konsep kurus dan sihat adalah berpada-pada dalam pemakanan. Jika diet pemakanan seimbang dan sentiasa kekal terjaga, proses penurunan berat badan anda pasti berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang lama. Dan anda juga perlu sanggup berkorban meninggalkan segala jenis makanan enak yang tidak berkhasiat.

Jadi, adakah anda menginginkan tips diet yang mudah dan berkesan? Nah, kami kongsikan beberapa tips diet yang sihat dan tidak ada alasan anda tidak mampu untuk melakukannya.

[continue reading…]

9 Tips Hebat Gadis Ini Berjaya Kuruskan Badan 42Kg Dalam Masa Setahun

Nur Farihan sebelum (kiri) dan selepas (kanan) berjaya menurunkan berat badan sebanyak 42kg

Nur Farihan sebelum (kiri) dan selepas (kanan) berjaya menurunkan berat badan sebanyak 42kg

Untuk ruangan Cerita Motivasi Kurus kali ini kami kongsikan kepada anda bagaimana seorang pelajar berjaya menurunkan berat badannya dari 100 kg kepada 58 kg, iaitu pengurangan sebanyak 42 kg (kilogram) dalam masa setahun. Jom sama-sama kita ikuti kisah transformasi ini dengan izin Nur Farihan Idris sebagai panduan dan pembakar semangat untuk anda kembali langsing dan sihat.

[continue reading…]

1

Jurulatih Gym Ini Berkongsi Petua Turun Berat Badan Dari 100kg Ke 60kg Dalam Masa 4 Bulan

FRM-100KG-TO-60KGMemiliki berat badan yang ideal, dengan potongan badan yang cantik memang menjadi impian bagi semua orang. Tetapi berapa ramai yang berani hadapi kenyataan bahawa anda sedang berhadapan dengan masalah kegemukan dan pelbagai penyakit serius jika tidak dikawal? Berapa ramai yang sanggup menyahut cabaran untuk kurus demi kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera? Pokok pangkalnya adalah kekuatan dan semangat dalam diri sendiri.

Oleh kerana itu, dengan izin daripada salah seorang daripada Team Leader JK1M, iaitu Encik Isa Abdullah yang juga merupakan seorang jurulatih gym, kali ini kami akan kongsikan kepada anda mengenai perjalanan kisah sebenar bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badannya dari 100 Kg kepada 60 Kg dalam masa 4 bulan sahaja. Menakjubkan bukan dan itu bukanlah sesuatu yang mustahil baginya. Jadi, jika anda juga ingin turunkan berat badan, inilah masanya untuk anda merealisasikan impian tersebut dengan menjadikan kejayaan Encik Isa Abdullah sebagai inspirasi dan pembakar semangat anda.

Jom kurus!!! Anda juga boleh melakukannya.

[continue reading…]

Selamatkah Pembedahan Perut Untuk Kurus?

Saban tahun, angka yang meninggal dunia akibat daripada komplikasi berkait rapat dengan obesiti cukup besar. Ramai di kalangan kita mungkin tidak sedar bahawa obesiti merupakan antara punca kematian tertinggi kerana kegemukan itu ibarat lubuk punca semua penyakit kronik. Pertambahan saiz dan berat badan yang berlebihan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang serius seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, strok, masalah tidur, asma, kegagalan mengawal air kencing, sakit belakang, ketidaksuburan dan pelbagai lagi.

Jadi, cara terbaik untuk merawat dan mengurangkan masalah kesihatan yang serius itu adalah dengan mengecilkan saiz dan mengurangkan berat badan. Pelbagai cara mengurangkan berat badan boleh dilakukan seperti berdiet, aktif bersenam atau mengambil pil kurus tetapi bukan semua orang dapat keputusan seperti yang diingini atas faktor tertentu.

Oleh kerana ada yang tidak dapat mengurangkan berat badan atas faktor-faktor tertentu, maka alternatif terakhirnya adalah dengan melakukan pembedahan bariatrik atau bahasa mudahnya pembedahan perut. Apa itu pembedahan bariatrik?

[continue reading…]