kepentingan bersenam ketika hamil

EKSKLUSIF : Senaman Untuk Ibu Hamil Mengikut Trimester

Melakukan aktiviti senaman dapat meningkatkan tahap kesihatan ibu hamil. Ia juga sebagai langkah persediaan fizikal bagi menghadapi detik-detik kehamilan yang panjang. Bagi ibu hamil yang normal, iaitu tidak menghadapi sebarang komplikasi kehamilan, disyorkan agar menjalani rutin senaman yang sederhana, lembut dan tidak memudaratkan. American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan agar ibu-ibu mengandung bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Perlu diingatkan bahawa, bersenamlah secara sederhana dan berpada-pada. Jangan membebankan diri sehingga membakar lemak ataupun keletihan kerana ini akan membahayakan diri dan juga bayi dalam kandungan. Oleh itu, kami berbesar hati untuk sama-sama kongsikan kepada anda beberapa garis panduan khusus aktiviti senaman dan kebaikannya untuk ibu-ibu bamil yang bersedia mengamalkan budaya hidup yang sihat dan cergas.

[continue reading…]

1