resepi air detox

20 Tips Diet Sihat Yang Berkesan Sepantas 7 Hari

nutrition-chartTiada seorang pun di kalangan kita yang mahu kelihatan gemuk apatah lagi sakit. Tambahan, dapat menikmati segala jenis makanan tanpa perlu catu atau menahan-nahan nafsu makan. Namun, agak mustahil dapat menikmati semua itu tanpa pertambahan berat badan kerana setiap makanan berbeza-beza jumlah kalorinya.

Seperti yang pernah ditekankan sebelum ini, konsep kurus dan sihat adalah berpada-pada dalam pemakanan. Jika diet pemakanan seimbang dan sentiasa kekal terjaga, proses penurunan berat badan anda pasti berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang lama. Dan anda juga perlu sanggup berkorban meninggalkan segala jenis makanan enak yang tidak berkhasiat.

Jadi, adakah anda menginginkan tips diet yang mudah dan berkesan? Nah, kami kongsikan beberapa tips diet yang sihat dan tidak ada alasan anda tidak mampu untuk melakukannya.

[continue reading…]

Mesti Cuba!!! 21 Resepi Minuman Detox Yang Menyihatkan

Tubuh kita mengandungi kira-kira 70 peratus air dan ini bermakna setiap hari, sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau bersamaan dengan 2 hingga 3 liter air yang perlu kita minum. Minum air dengan secukupnya akan memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita. Ia membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh dan menjadikan kita lebih bertenaga, peka dan fokus. Di samping itu, ia menjadikan kulit kekal lembap dan berseri manakala rambut akan menjadi lebih kuat dan bersinar.

Tetapi mampukah kita minum air putih semata tanpa sebarang rasa? Pengambilan air yang disarankan boleh dicukupkan jika kita pandai mempelbagaikan rasanya dan penyediaannya. Sekiranya anda dalam proses berdiet dan menguruskan badan, sebaik-baiknya elakkan pengambilan gula dalam makanan dan juga minuman. Kerana itulah diperkenalkan infused detox water atau lebih dikenali sebagai air detox.

Perkongsian sebelum ini aadalah mengenai 7 Jenis makanan Untuk Detox dan Minuman yang Menakjubkan untuk Cairkan Lemak Dalam Tempoh 4 Hari. Jadi, sebagai tambahannya kali ini kami ingin kongsikan kepada anda 21 resepi minuman air detox yang telah dipelbagaikan dan anda mesti cuba dan buat sendiri di rumah. Anda boleh minum air ini pada bila-bila masa sahaja seperti minum air kosong cuma air detox lebih menyihatkan, penyediaannya yang menarik dan berperisa, sedap baunya, malahan ianya juga amat menyegarkan.

Selamat mencuba.
[continue reading…]

1