Senaman ketika sibuk

Pelan Senaman Selama Seminggu Buat Anda Yang Sentiasa Sibuk

Alasan yang sering diberikan ramai individu untuk mengelak daripada bersenam ialah tidak mempunyai masa dan sibuk, antara alasan yang sudah banyak kali dipakai. Fikirkan berapa banyak masa yang terbuang setiap hari tanpa berbuat apa-apa atau melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika matlamat anda ialah untuk mengurangkan berat badan dengan cepat tanpa sebarang ubat-ubatan atau suplemen maka anda perlu jadikan senaman sebagai aktiviti utama dalam kehidupan seharian. Tidak kisahlah jika anda masih baru, di mana ada kemahuan tentu ada jalan, maka jangan katakan tidak pada senaman.

Oleh itu, buat anda yang sering sibuk dengan kerjaya dan untuk mengatasi masalah tiada masa untuk membuat sebarang aktiviti kecergasan, kami sediakan sedikit pelan senaman untuk anda selama seminggu. Diharapkan agar anda dapat melakukannya secara konsisten walaupun aktiviti ini boleh dilakukan hanya di rumah sahaja. Fokuskan pada matlamat bukan sahaja mendapatkan perut yang rata dan susuk tubuh yang kurus dan cergas, malahan kesihatan anda secara keseluruhannya lebih terjamin.

[continue reading…]